English
Sukan    
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 Hari Lagi

-----------------------
 
 
Bandar Melaka Pagi : Baik - Petang : Hujan - Malam : Baik Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC

Mustazam & Siti Masita
'Bertuah' Dapat 'Bayi Merdeka'


BANDARAYA MELAKA, 31 Ogos - Pasangan suami isteri dari Umbai, di sini, menyambut kelahiran bayi mereka pada hari sambutan Kemerdekaan ke-51 tahun hari ini dengan suasana yang begitu gembira.


Pasangan tersebut, Mustazam Bahar, 39 dan Siti Masita Sahat, 35, telah menyambut kelahiran 'anggota baru' mereka iaitu seorang bayi perempuan di Hospital Melaka (HM) pada pukul 1.55 pagi.

Siti Masita berkata, beliau dijadualkan bersalin pada 7 September depan dan tidak menyangka dapat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.55 kilogram (kg).

"Saya tiba-tiba mengalami sakit perut dan dimasukkan ke wad HM untuk pemeriksaan doktor," katanya yang merupakan seorang Kerani di Kolej Teknologi Islam Melaka (KTIM) Alor Gajah.

"Saya dan suami masih belum menamakan bayi kami, kerana tidak menyangka bayi ini akan keluar awal dari masa yang sepatutnya," katanya.

"Saya berharap bayi ini dapat membesar dengan baik dan menjadi anak yang berguna untuk masa hadapan," katanya ketika ditemui di HM, hari ini.

Sementara itu, bagi suaminya Mustazam, kelahiran anak kelimanya itu bertepatan dengan ulangtahun Kemerdekaan yang diraikan oleh seluruh rakyat di negara ini.

"Saya merasa amat bertuah dan berbangga kerana isteri saya selamat melahirkan seorang anak perempuan untuk saya," katanya yang bertugas sebagai pemandu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri, Datin Seri Asmah Abdul Rahman telah meluangkan masa untuk melawat dan menyampaikan hamper serta sumbangan wang tunai RM50 kepada bayi kemerdekaan.

Sehingga jam 11 pagi ini, sebanyak 17 bayi Hari Kemerdekaan dilahirkan di HM dengan 10 daripadanya merupakan bayi lelaki, manakala tujuh lagi bayi perempuan.

Selain itu, seorang suri rumah, Kin Hui Tsin, 23 berkata anak ketiganya itu dilahirkan pada awal pagi hari Kemerdekaan.

"Bayi lelaki saya seberat 2.4 kg dan masih belum dinamakan," katanya.

Menurutnya, beliau tidak menyangka melahirkan bayi pada hari ulang tahun Kemerdekaan yang ke-51, kerana tarikh jangkaan kelahirannya pada 18 September depan.





PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.