English
Sukan    
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 Hari Lagi

-----------------------
 
 
Bandar Melaka Pagi : Ribut Petir - Petang : Ribut Petir - Malam : Baik Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC

120 Pelajar Terlibat
Program RIMUP Merdeka Eratkan Perpaduan Kaum


MASJID TANAH, 1 September - Buat pertama kalinya seramai 120 murid Tahap Dua dari Sekolah Kebangsaan (SK) Ramuan China Besar berkunjung ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungai Baru untuk bersama meraikan sambutan bulan kemerdekaan, baru-baru ini.

Program yang diadakan menerusi Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) itu bertujuan untuk mengeratkan perpaduan di kalangan masyarakat di negara ini dengan membabitkan semua kaum.

Penyelaras Programnya, P Sandran berkata, program yang julung kali diadakan itu bertujuan memberi peluang kepada murid-murid beramah mesra, bekerjasama dan bertolak ansur di antara pelbagai kaum.
“Program yang diadakan julung kali ini bersesuaian dan bertepatan dengan tema sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 51 iaitu 'Perpaduan Teras Kejayaan',” katanya.

Pada program itu, pelbagai acara menarik telah disediakan seperti kembara perpaduan, jalan-jalan ceria muhibah dan pakaian beragam.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SK Ramuan China Besar Noor Shamsiah Maarof, ketika berucap merasmikan program itu, melahirkan rasa gembira melihat sikap toleransi dan perpaduan yang ditunjukkan oleh peserta program dalam menjayakan aktiviti yang dirancang.

Beliau berharap kunjungan muhibah sebegini perlu dilaksanakan bukan sahaja pada bulan kemerdekaan, malah pada setiap hari bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan di kalangan masyarakat.

“Program RIMUP yang diadkaan ini merupakan satu cara yang paling berkesan untuk memupuk semangat perpaduan dan lebih menarik lagi jika ia dapat dilaksanakan dua kali setahun,” katanya.

Seorang peserta, Noratikah Othman berkata, beliau berasa bertuah dapat mengenali rakan dari kaum India dan bertukar-tukar pengetahuan bagi memahami budaya masing-masing.

Bagi Venish pula, beliau amat gembira dapat beramah mersa dengan rakan berbangsa Melayu dan berharap hubungan ini dapat dikekalkan.






PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.