English
Sukan    
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 Hari Lagi

-----------------------
 
 
Bandar Melaka Pagi : Baik - Petang : Ribut Petir - Malam : Baik Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC

Terima Sumbangan Dari KM
Mereka Bersyukur Jadi Anak Merdeka


BUKIT BERUANG , 2 Sept- Seramai 123 orang anak-anak Merdeka dari seluruh Melaka di raikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Majlis Sumbangan Ramadhan dan Syawal kepada Fakir Miskin, Warga Emas dan Anak-anak Merdeka anjuran UMNO Bahagian Bukit Katil, di Masjid Tun Syed Ahmad Shahabuddin disini hari ini.

Mereka terdiri daripada warganegara Malaysia yang dilahirkan pada 31 Ogos. Tidak kira usia, anak-anak merdeka yang menerima sumbangan ini terdiri daripada kanak-kanak hinggalah warga emas.

Kanak-kanak cilik, Farizah Hanim Abdul Zahar yang dilahirkan pada 31 Ogos 1996 genap 12 tahun pada tarikh keramat yang berlalu dua hari lepas.

Farizah yang hadir bersama bapanya melahirkan rasa gembira dan terharu ketika menerima sumbangan yang disampaikan oleh Ketua Menteri.

Anak kedua dari tiga beradik ini disifatkan oleh bapanya Abdul Zahar sebagai seorang yang tegas dan berdisiplin.

Farizah menuntut di Sekolah Rendah kebangsaan Kesang Tua, Jasin dalam darjah enam.

Mohd Hafiz Shukor, 26 yang dilahirkan pada 31 Ogos 1982 berkata tahun ini merupakan kali kedua beliau diraikan sebagai Anak Merdeka.

"Saya menerima sumbangan kali pertama pada tahun lepas di Dewan Bistari Ayer Keroh. Justeru tahun ini saya amat gembira kerana sekali lagi diraikan dalam majlis ini.

Mohd Hafiz menyambut hari jadinya yang juga tarikh Kemerdekaan Malaysia secara sederhana setiap tahun. Sebagai Anak Merdeka beliau berazam untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

Rata-rata anak merdeka yang hadir di majlis berkenaan setelah mendengar hebahan dari Radio Melaka FM.

Hanisah Khamis, 36 yang dilahirkan pada 31 Ogos 1972 berkata beliau bertuah dilahirkan sebagai anak merdeka. Hanisah yang pertama kali diraikan amat gembira dan terharu dengan sumbangan yang diberikan.

"Saya bersyukur dan gembira kerana dilahirkan pada tarikh keramat Malaysia. 31 Ogos bukan sahaja beerti kepada kami yang lahir pada tarikh berkenaan tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ibu kepada dua orang anak ini bertugas di sektor perindustrian, Tangga Batu mengadakan sambutan hari jadi secara sederhana pada setiap tahun.

Sumbangan berkenaan disampaikan Oleh Ketua Menteri sebanyak RM100 kepada 123 anak-anak Merdeka.

Turut hadir isteri Ketua Menteri, Datin Seri Asmah Abdul Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Osman Mohamad dan isteri Datin Halimah Baba serta Barisan Exco Kerajaan Negeri.

Di majlis berkenaan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), fakir miskin dan warga emas turut menerima sumbangan RM 100, hamper dan beras.





PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.