English
  Sukan
 
   
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 

-----------------------
 
Bandar Melaka Pagi : Baik - Petang : Baik - Malam : Baik
Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC
 

Anugerah Belia Negara 2010
GB4B Melaka Pindah Sedia Bersaing Rebut Gelaran

MELAKA PINDAH, 8 Feb- Gerakan Belia 4B (GB4B) Cawangan Melaka Pindah bersedia bersaing hebat merebut kejuaraan Anugerah Belia Negara (ABN) 2010 Peringkat Negeri yang akan berlangsung sekitar Mac ini.

Ketua GB4B Melaka Pindah, Mohd Bukhairi Baharuddin berkata, kini pihaknya sedang merangka persiapan bagi menyertai ABN pada kali ini.

"Pada peringkat awal kita telahpun mengadakan lawatan kerja ke GB4B Cawangan Seri Pengkalan, di mana cawangan ini telah memenangi ABN 2009 Peringkat Daerah Alor Gajah tahun lalu.

"Menerusi lawatan itu, kita dapat mempelajari dan membuat persediaan mengenai apa yang diperlukan untuk menyertai ABN. Ketua GB4B Cawangan Seri Pengkalan telah memberikan serba sedikit penerangan kepada kita untuk membuat persiapan,"katanya.

Mohd Bukhairi berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) selepas menghadiri Majlis Pelancaran Laman Sosial, Facebook GB4B Melaka Pindah di Balairaya Melaka Pindah, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi GB4B Alor Gajah, Suhaizan Noh; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Melaka Pindah, Aziz Jantan dan Setiausaha JKKK Melaka Pindah, Mohd Nor Aman.

Katanya, pihaknya juga kini sedang mengemaskini profil dan aktiviti yang diadakan sepanjang tahun lalu dan awal tahun ini.

"Sebagai persediaan, kita juga telah mengadakan sesi gotong-royong sebanyak dua kali di balai raya bagi bersiap sedia dan hampir setiap hari kesemua jawatankuasa GB4B Cawangan Melaka Pindah meluangkan masa hingga larut malam bagi membuat persiapan,"katanya.

Jelasnya, kerjasama padu di kalangan jawatankuasanya telah membuatnya tidak menoleh kebelakang untuk merebut kejuaraan itu.

GB4B Melaka Pindah merupakan cawangan GB4B yang aktif menjalankan program di peringkat Daerah Alor Gajah, antaranya Program Masih Ada Yang Sayang yang berlangsung pada 16 Januari lalu.

Keputusan untuk bertanding dalam ABN, membuatkan GB4B Melaka Pindah terus menerus menerima sokongan penduduk setempat, JKKK dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang turut membantu semasa aktiviti gotong-royong diadakan.

Sementara, ujarnya, pihaknya turut menubuhkan laman sosial GB4B Melaka Pindah yang merupakan wadah perjuangan cawangan itu bagi menghebahkan setiap aktiviti yang dijalankan diperingkat cawangan.

"Kita sedar golongan belia kini hidup mengikut 'trend' semasa dengan menjadikan laman sosial seperti facebook sebagai medium perantaraan yang paling popular, justeru kita tidak mahu ketinggalan dan menubuhkan facebook bagi menarik seramai mungkin penyertaan belia di dalam persatuan kami,"katanya.

Laman sosial, Facebook Melaka Pindah kini mempunyai 70 orang pengungjung sejak ianya dilancarkan semalam.







  PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.