English
Sukan    
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 Hari Lagi

-----------------------
 
 
Bandar Melaka Pagi : Baik - Petang : Hujan - Malam : Baik Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC

MPAG dan MPJ
Berganding Bahu Tubuh Skuad Patriotik


BANDA HILIR, 31 Ogos - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) berganding bahu untuk menerapkan nilai-nilai murni iaitu memupuk semangat patriotik di kalangan kakitangan.


Yang DiPertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Baharom Majid berkata, ini jelas terbukti dimana skuad patriotiknya terus unggul dan pernah menjuarai dalam acara kawat dan pakaian sempena sambutan perayaan ulangtahun Kemerdekaan sejak beberapa tahun yang lalu.

Katanya, skuad tersebut berjaya dibentuk dan muncul sebagai contoh yang terbaik di kalangan kakitangan PBT tersebut dan akan terus berikrar untuk memberikan perkhidmatan cemerlang kepada orang ramai.

"Skuad tersebut mempunyai 42 ahli di bawah pimpinan Abu Samah Othman dan ianya diwujudkan sejak tahun 2002, yang paling penting untuk menjiwai semangat Kemerdekaan tersebut,"katanya.

Yang DiPertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Kamaruddin Md. Isa berkata, dengan mempunyai semangat demikian kakitangan dapat memberikan sepenuh tumpuan serta memberikan perkhidmatan yang mampu memberikan kepuasan kepada para pelanggan PBT tersebut.

"Dengan lahirnya skuad patriotik MPJ ini ianya dapat memberikan satu semangat baru di kalangan kakitangan yang lain kerana itu mereka perlu menghayati semangat Kemerdekaan yang berkonsepkan, 'Perpaduan Teras Kejayaan,"katanya lagi.









PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.