English
Sukan    
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 Hari Lagi

-----------------------
 
Bandar Melaka Pagi : Ribut Petir - Petang : Ribut Petir - Malam : Baik Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC

Kontijen Parlimen Bukit Katil
Sertai Perarakan Merdeka


BANDA HILIR, 1 Sept - Parlimen Bukit Katil buat julung kalinya menyertai perarakan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-51 Peringkat Negeri yang diadakan di Padang Pahlawan, semalam.

Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bukit Katil, Lau Eng Cheong berkata, Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Md. Sirat Abu, telah meminta pihaknya mengambil 50 orang yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi bagi menyertai perarakan itu.

Katanya, malahan, Md. Sirat sentiasa turun ke padang melihat sendiri perkembangan skuad itu menjalani latihan pesat selama dua minggu dan berpuas hati semangat yang ditunjukkan oleh mereka.

"Dan pada hari ini skuad tersebut berjaya melakukan acara kawat dan memakai pakaian seragam untuk menjayakan acara tersebut lebih menyeronokan lagi apabila mendapat tepukan dari Yang DiPertua Negeri, Tun Mohd Khalil dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang membalas tabik hormat dari kami," katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

Ketua Kontijen dan Jurulatih skuad perbarisan tersebut, Miskun Taimin berkata, pada asalnya skuad tersebut sukar dibentuk serta menjalani latihan, namun apabila sampai satu minggu mereka dapat menunjukkan prestasi yang baik.










PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.