English
  Sukan
 
   
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 Hari Lagi

-----------------------
 
Bandar Melaka Pagi : Baik - Petang : Hujan - Malam : Baik
Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC
 

Program Komuniti MBMB Bentuk Masyarakat Penyayang

AYER KEROH, 2 Julai – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) komited dalam memikul tanggungjawab melaksanakan Program Komuniti dengan berkesan, khususnya melibatkan anggota Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu.

Datuk Bandar MBMB, Yusof Jantan berkata, anggota terbabit yang mewakili jabatan masing-masing perlu melibatkan diri supaya mereka dapat menghayati program itu untuk melahirkan 'Masyarakat Penyayang'.

Katanya, pihak pengurusan MBMB akan mengambil kira peranan yang dimainkan dan kegiatan mereka akan dicatat dalam rekod perkhidmatan termasuk dikira melalui sistem markah dan prestasi kerja untuk kenaikan pangkat mahupun penganugerahan Khidmat Cemerlang.

“MBMB benar-benar bersikap prihatin dan sentiasa peka terhadap warga Bandaraya Melaka dari golongan miskin, kurang upaya dan sebagainya," ujarnya.

Antara yang dilakukan melalui program itu ialah membaik pulih rumah golongan itu di Kampung Balai Panjang dengan kos RM10,000, selain memberi bantuan sepasang baju raya kepada penghuni Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah dan sebagainya baru-baru ini.

Terdahulu, Yusof merasmikan Perhimpuan Pagi Perdana MBMB anjuran Jabatan Kawalan Bangunan MBMB, di sini pagi tadi.

Pada majlis itu, Setiausaha MBMB, Azmi Hussein ketika melancarkan 'Hari Bapa' peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkata, mereka yang bergelar bapa wajib melaksanakan amanah itu supaya anak-anak mereka mampu menjadi golongan yang bermodal insan.









  PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.