English
Sukan    
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 Hari Lagi

-----------------------
 
 
Bandar Melaka Pagi : Baik - Petang : Hujan - Malam : Baik Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC
 

Penumpang Bas Kerap Tergelincir
Platform Tidak Berbumbung Timbul Masalah Bila Hujan


BANDARAYA MELAKA, 4 Sept - Platform 1 hingga 4 untuk kegunaan penumpang bas domestik di Terminal Melaka Sentral tidak berbumbung sehingga mendatangkan kesukaran kepada penumpang apabila lantainya licin dibasahi air ketika hari hujan.

Seorang pekerja disalah sebuah syarikat bas domestik terbabit yang hanya ingin dikenali sebagai John berkata, penumpang wanita yang sarat mengandung tergelincir di platform berkenaan.

"Cuba kita bayangkan wanita mengandung tergelincir dan hampir membahayakan nyawanya. Kejadian seperti ini juga biasa berlaku ketika hujan.

"Rata-rata penumpang yang berada di platform berkenaan ketika hujan hampir-hampir tergelincir. Ini mendatangkan bahaya kepada penumpang sekiranya berlaku kecederaan," katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

John berkata perkara itu telah lama diadukan kepada Pihak Pengurusan Melaka Sentral, malangnya aduan yang dibuat tidak diendahkan.

"Saya telah beberapa kali membuat laporan kepada pihak pengurusan tapi tidak dilayan. Sehingga kini tiada tindakan diambil.

"Bila berlaku keadaan begini bas-bas yang sepatutnya berada di platfom 1 hingga 4 akan mengambil penumpang di platform lain pada hari hujan. Ini sekaligus mengakibatkan kesesakan dikawasan platform berbumbung," katanya.

Tinjauan MHI juga mendapati penumpang tidak begitu selesa berada diplatform berkenaan. Pihak bertanggungjawab seharusnya mengambil tindakan segera bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.






PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.