English
Sukan    
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 Hari Lagi

-----------------------
 
 
Bandar Melaka Pagi : Baik - Petang : Hujan - Malam : Baik Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC
 

Sejak 30 Tahun Masih Kekal
Bubur Lambuk 'Nong' Popularkan Kampung Hulu


BANDARAYA MELAKA, 5 Sept – Bubur lambuk 'Nong' yang berjaya mempopularkan Kampung Hulu sejak 30 tahun lalu masih terus kekal sehingga ke hari ini berikutan penggunaan resepi asal sejak turun temurun dengan kelazatannya yang unik.

Tukang masak bubur itu, Mazlan Yusof, 45 berkata, beliau mengambil alih tugas dari ibunya, Allahyarhama Nong Baba sejak lima tahun lalu untuk mengagihkan bubur lambuk kepada 500 penduduk sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Katanya, dalam sehari beliau memasak sebanyak dua periuk besar bubur lambuk dan kerja-kerja yang dilakukan bermula dari jam 8 pagi dan siap sepenuhnya kira-kira jam 1 tengahari.

“Kerja-kerja mengagihkan bubur tersebut akan bermula jam 3 hingga 5 petang, namun bagi kakitangan Kerajaan Negeri dibenarkan mengambil lebih awal supaya tidak menyusahkan aktiviti harian mereka,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

Noja Masjid Kampung Hulu, Abdullah Abd. Kadir berkata, bubur lambuk itu turut dijadikan hidangan berbuka puasa kepada orang ramai yang berkunjung ke masjid itu kerana tidak sempat untuk pulang ke rumah.

“Antara penduduk yang mendapatkan bubur lambuk itu pada setiap hari ialah penduduk dari Kampung Hulu, Kampung Ketek, Kampung Morten, Kampung Kubu dan sebagainya,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang warga emas dari Kampung Tengkera, Ahmad Abd. Majid berkata, bubur lambuk Nong berjaya mengekalkan cita rasa asalnya walapun orang memasaknya telah bertukar tangan.

 









 












PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.