English
  Sukan
 
   
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 

-----------------------
 
Bandar Melaka Pagi : Baik - Petang : Baik - Malam : Baik
Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC
 

UMNO Cawangan Seri Benteng
Rai 13 Pelajar Cemerlang UPSR, PMR

SUNGAI RAMBAI, 8 Feb - Seramai 11 pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diraikan pada majlis penyampaian sumbangan di Balai Raya Seri Benteng, Sungai Rambai, di sini.

Pada majlis itu turut diadakan penyampaikan sumbangan kepada dua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Majlis anjuran UMNO cawangan Seri Benteng Sungai Rambai itu telah disempurnakan oleh Penghulu DUN Sungai Rambai, Arif Umar.

Hadir sama, Ketua UMNO Cawangan Seri Benteng Sungai Rambai, Sulaiman Bakrun.

Arif berkata, komitmen dan penglibatan guru-guru amat penting dalam memastikan prestasi cemerlang yang dicapai anak-anak akan berterusan.

"Dengan adanya majlis seperti yang kita adakan ini adalah galakkan agar mereka dapat terus berjaya di masa hadapan," katanya.

Kesemua pelajar cemerlang UPSR tersebut adalah daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah dan SK Parit Penghulu manakala pelajar cemerlang PMR dari Sekolah Menengah Sungai Rambai dan Sekolah Berasrama Penuh Integerasi Selandar, Jasin, di sini.

Sementara itu, salah seorang pelajar cemerlang dalam UPSR, Mohd Nor Rahman Tumin, 13 berkata, sumbangan yang diterimanya itu menjadi pembakar semangatnya untuk lebih berusaha di masa hadapan.

Katanya, segala usaha serta berkat kesabarannya selama ini berhasil apabila memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR.

"Ini baru permulaan dan perjalanan hidup saya masih panjang. Saya akan pastikan pada setiap peperiksaan yang saya bakal hadapi akan terus membuahkan hasil yang cemerlang," katanya.

Seorang lagi pelajar cemerlang UPSR, Nurliyana Afiqah Ab Karim, 13 berkata, dia akan terus berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mengekalkan apa yang diperolehinya itu.

"Terima kasih kepada guru-guru yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sehingga berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR," katanya.

Bagi Intan Nurhanif Shafudin, 13 pula, kejayaan yang dimilikinya itu tidak akan berhasil jika ianya tidak mendapat kerjasama padu dari ibu, bapa dan guru yang banyak membantu untuk mendapat keputusan cemerlang.

"Saya berhasrat untuk meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan akan datang dan akan belajar dengan bersungguh-sungguh," katanya.

Manakala pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR, Muhammad Ilham Zainal, 16, menyatakan terharu dengan sumbangan yang diperolehinya itu.

"Segala usaha saya selama ini berbaloi dan terasa amat dihargai. Saya akan pastikan mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal saya duduki tahun depan," katanya.

Seorang lagi pelajar cemerlang PMR, Amirul Aqram Abu Bakar, 16, terharu serta berterima kasih di atas sumbangan itu dan ianya menjadi pembakar semangat buatnya untuk terus berjaya di dalam hidup.







  PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.