English
  Sukan
 
   
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 Hari Lagi

-----------------------
 
Bandar Melaka Pagi : Baik - Petang : Hujan - Malam : Baik
Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC
 

Pihak Berkuasa Digesa Pantau
Aktiviti Ternakan Ikan Punca Longkang Kerap Tersumbat

DUYONG, 2 Julai – Kegiatan ternakan ikan yang dijalankan oleh seorang penduduk Kampung Permatang Duyong, di sini adalah antara yang didakwa menjadi punca berlakunya longkang tersumbat di kawasan Taman Seri Duyong 2.

Seorang penduduk, Md.Shah Ab Rahman berkata, selain itu, penternak terbabit didakwa turut menutup longkang dengan tikar bagi mengelakkan kegiatan mereka diketahui umum.

Katanya, selain longkang kotor dan berbau busuk, terdapat juga binatang berbisa seperti ular, biawak dan sebagainya sering dilihat berkeliaran di kawasan tersebut.

“Penduduk telah mengemukakan masalah itu pada pihak berkuasa sejak dua minggu lalu, namun sehingga hari ini tiada sebarang tindakan dibuat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Seri Duyong, Ahmad Abu Chik berkata, pihaknya ada menerima surat bantahan dari penduduk taman terbabit, baru-baru ini menganai perkara tersebut.

“JKKK akan melakukan pemantauan berhubung masalah itu dan peringkat awal akan menasihatkan penternak terbabit agar kegiatan ternakan yang dilakukannya tidak menimbulkan masalah kepada orang ramai, jika tidak berkesan akan dipanjangkan perkara itu untuk tindakan pihak berkuasa,” katanya lagi.









  PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.