English
  Sukan
 
   
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 Hari Lagi

-----------------------
 
Bandar Melaka Pagi : Baik - Petang : Baik - Malam : Baik
Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC
 

Tempoh Enam Bulan Menjelang 2010
Kita Perlu Bekerja Tiga Shift Sehari - KM

BEMBAN, 6 Jun - Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mahukan semua pihak di negeri ini bekerja lebih keras sebelum Melaka bergelar negeri maju dalam tempoh enam bulan lagi.

Menurutnya, Melaka bukan sekadar bergelar negeri maju pada tahun 2010, tetapi juga negeri terbersih di Malaysia.

Kata Ketua Menteri, Melaka perlu memperlihatkan imej negeri maju pada tahun 2010 dengan mengekalkan aspek kebersihan.

"Dalam tempoh enam bulan ini, semua pihak perlu bekerja tiga 'shift' sehari ekoran masa semakin suntuk,'' katanya berucap di Majlis Dialog dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Bemban di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Pay Chiao, di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Chua Keng Hwa; Pegawai Daerah Jasin, Halim Ahmad dan ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Sehubungan itu Mohd Ali menyeru penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban agar memberi kerjasama dengan menjaga kebersihan di DUN itu bagi mencapai matlamat Melaka Maju 2010.

Beliau berkata, fokus kini tertumpu kepada kemajuan bandar dan luar bandar termasuk aspek kebersihan ekoran Melaka hanya mempunyai tempoh enam bulan sebelum bergelar negeri maju.

"Rakyat perlu memberikan sokongan kuat kepada Kerajaan Negeri dengan menjaga kebersihan di kawasan masing-masing kerana hanya tinggal enam bulan untuk Melaka mencapai status negeri maju," katanya.

Ketua Menteri berkata, meskipun Melaka bergelar negeri maju, Kerajaan Negeri memberi jaminan tidak akan mengenepikan kebajikan rakyat.

Selain aspek kebersihan, Mohd Ali mahu Daerah Jasin turut menjalankan kegiatan pertanian dengan menanam pokok Kelapa Pandan bagi meningkatkan pendapatan penduduk di dearah itu.

Sementara itu, JKKK DUN Bemban berpeluanhg menyuarakan masalah mereka kepada Ketua Menteri dalam sesi dialog ringkas itu.

Antara masalah yang dikemukakan termasuk isu tanah dan kemudahan prasarana di kawasan masing-masing.

Pada majlis sama, Ketua Menteri turut menyampaikan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Mayarakat (JKM) kepada 20 penerima di DUN Bemban.

  PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.