English
  Sukan
 
   
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 

-----------------------
 
Bandar Melaka Pagi : Baik - Petang : Baik - Malam : Baik
Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC
 

KYM Kini Berstatus MSC Malaysia

Bandaraya Melaka - MSC singkatan daripada Multimedia Super Corridor atau Koridor Raya Multimedia merupakan satu projek penting Kerajaan Malaysia yang bertujuan memesatkan pertumbuhan industri teknologi maklumat, telekomunikasi dan multimedia negara.

Status MSC juga telah diperluas kepada institusi pendidikan yang menawarkan kursus berkaitan keperluan tenaga manusia terutama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Menurut Ketua Eksekutif Kolej Yayasan Melaka (KYM), Datuk Saroni Judi, pengiktirafan KYM sebagai institusi pendidikan tinggi (IPT) yang berstatus MSC adalah amat membanggakan.

Insentif yang diperolehi dengan status MSC ini termasuk kebenaran tanpa sekatan melantik pekerja tempatan dan luar negara, menjadi ketua serantau dan perlindungan Hakmilik Intelektual dan undang-undang siber, tiada tapisan (censorship) internet dan bertindak sebagai pusat sehentian (one-stop supershop) untuk memastikan MSC memenuhi keperluan syarikat.

Status MSC memberi impak kepada kursus-kursus kendalian KYM seperti Ijazah Teknologi Maklumat dengan Kepujian - KYM/UUM, Diploma in Teknologi Maklumat, Diploma Rangkaian Komputer, Diploma Teknologi Multimedia dan Diploma Teknologi Media.

Saroni berkata, KYM kini juga berpeluang menjalankan penyelidikan R& D melalui geran-geran yang disedia sebagai sumbangan kepada pembangunan MSC dan ekonomi Malaysia.

“Ini adalah pembuka jalan bagi menjadikan KYM sebagai hab teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) khususnya di negeri Melaka, selain membolehkan ICT tempatan lebih kompetitif di peringkat antarabangsa,” katanya.

KYM juga akan bekerjasama dengan pakar-pakar IT dari rakan-rakan universiti yang lain bagi memastikan program-program di KYM setiasa mengikuti perkembangan dan pembangunan semasa bagi memehuni kehendak pasaran hari ini.








  PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.