• Akhbar rasmi kerajaan negeri Melaka bermula dengan Suara Melaka yang mula diterbitkan setiap bulan bermula pada 8 Mei 1982.
  • Akhbar Suara Melaka yang diterbitkan secara bulanan ditukar kepada sebuah akhbar yang diterbitkan secara mingguan yang dikenali sebagai Mingguan Melaka yang diterbitkan pada 1 Julai 2000.
  • Pada 5 Jan 2002, akhbar Mingguan Melaka sekali lagi mengalami perubahan dan kini dikenali sebagai Melaka Minggu Ini (MMI) yang diterbitkan dua kali seminggu bermula September 2003.
  • Pada 1 Januari 2005 akhbar rasmi kerajaan negeri ini diterbitkan tiga kali seminggu iaitu setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat.
  • Mulai 1 Julai 2005 akhbar Melaka Minggu Ini diterbitkan setiap hari dan dikenali sebagai Melaka Hari Ini.
  • Selaras dengan hasrat Kerajaan negeri ke arah menjadikan Melaka negeri Teknologi dan Maklumat (ICT), Melaka Hari Ini juga boleh dilawati melalui laman web www.melakahariini.com.my