English
Sukan    
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 Hari Lagi

-----------------------
 
 
Bandar Melaka Pagi : Baik - Petang : Hujan - Malam : Baik Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC

Lebih 15,000 Saksikan Perarakan
SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-51 CUKUP BERMAKNA- KM


BANDA HILIR, 31 Ogos - Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan kehadiran lebih 15,000 warga Melaka Bersejarah Bandaraya Warisan Dunia pada sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-51 membawa makna yang cukup besar dalam usaha kita mengisi kemerdekaan.


"Ini membuktikan semangat sambutan Hari Kemerdekaan dapat dihayati bersama-sama dan ini membawa makna yang cukup besar dalam usaha kita mempertahankan kemerdekaan itu sendiri serta mengisi makna kemerdekaan," katanya kepada para pemberita selepas majlis penyampaian Cenderahati kepada 'Bayi Merdeka' di Hospital Melaka (HM), hari ini.

Mohd Ali juga melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana sambutan kemerdekaan kali ini berlangsung pada tahun pertama fasa kedua 50 tahun merdeka.

"Saya berharap semua warga Malaysia, terutama warga Melaka dapat bekerja lebih gigih untuk memajukan negara dan menyumbang bagi kecemerlangan akademik, memperbaiki lagi sosio-ekonomi masyarakat, menjaga keamanan negara, merapatkan lagi silaturahim dan perpaduan antara kaum dalam mencapai wawasan Malaysia Maju 2020 dan Melaka Maju 2010," ujar Ketua Menteri.

Katanya lagi, sambutan kali ini juga lebih meriah dari tahun lepas kerana lebih 1,000 peserta menyertai perbarisan dan orang ramai juga datang sejak pagi lagi bagi menyaksikan acara sambutan kemerdekaan.

Perarakan Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan ke 51 Peringkat Negeri Melaka di Jalan Kota berlangsung dalam suasana meriah dan berwarna-warni yang mengabungkan penyertaan seluruh peringkat masyarakat dan pelbagai peringkat umur, menepati tema sambutan kali ini ' Perpaduan Teras Kejayaan'.









PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.