Ketua Jabatan Diarah Guna 3M
SELESAI MASALAH RAKYAT DALAM TEMPOH SEMINGGU - KM
AYER KEROH, 2 Julai - Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengarahkan semua Ketua Jabatan menyelesaikan masalah rakyat dalam tempoh seminggu dengan menggunakan pendekatan 3M iaitu menyemak, memilih dan meluluskan.
Beliau berkata, setiap Ketua Jabatan perlu mengadakan mesyuarat setiap Isnin untuk menyemak, memilih dan meluluskan permohonan yang dikemukakan oleh rakyat.
Katanya, dengan menggunakan pendekatan itu, perkhidmatan kepada rakyat dapat dipercepatkan dan mereka tidak perlu menunggu lebih lama untuk mengetahui status permohonan masing-masing.
"Saya berharap setiap Ketua Jabatan perlu menggunakan pendekatan ini dan mereka perlu bermesyuarat setiap Isnin untuk menyemak semua permohonan yang dikemukakan oleh rakyat.
"Bagi permohonan yang kritikal, terutama membabitkan kebajikan orang kurang upaya (OKU), permohonan mereka perlu diluluskan serta merta tanpa mengira fahaman politik.
masing-masing," katanya di majlis perasmian talian bebas tol dan mengisi dana Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional Melaka (Pembela), di Dewan Mini Bestari, di sini, malam tadi.
Turut hadir, isterinya, Datin Seri Asmah Abdul Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad, Exco Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri BN, Pengerusi Komponen BN negeri dan Ketua Penyelia Pembela, Amir Hamzah Tan Sri Aziz.
Pada majlis itu sebanyak RM42,000 berjaya dikumpulkan dan orang ramai kini boleh berurusan dengan Pembela melalui talian bebas tol 1-300-22-2352.
Ketua Menteri berkata, Pembela yang diwujudkan sejak Mei 2000 kini semakin mendapat sambutan di kalangan orang ramai untuk memudahkan mereka mengemukakan aduan masing-masing.
Katanya, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 1,270 kes telah dilaporkan di Pejabat Pembela BN.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 380 kes membabitkan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapen), program perumahan rakyat termiskin (PPRT) (14), rumah mesra rakyat/rumah pangsa (11), kebajikan (318), Majlis Agama Islam Melaka (255), Majlis
Bandaraya Melaka Bersejarah (41), hospital (12), guaman (30) dan lain-lain (209).
Ketua Menteri berkata, daripda jumlah itu, 50 peratus kes aduan yang diterima telah dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan, manakala 30 peratus aduan yang diterima dalam proses tindakan dan bakinya, 20 peratus dalam proses rayuan.
Beliau yakin perkhidmatan yang dilakukan oleh Pembela memudahkan rakyat berurusan dengan kerajaan dan sekali gus memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan BN
sentiasa menjaga kepentingan dan kebajikan mereka.
|