English
Sukan    
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 Hari Lagi

-----------------------
 
Bandar Melaka Pagi : Baik - Petang : Hujan - Malam : Baik Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC
 

Mesin ATM Dipecah
RM200,000 Lesap


BANDA HILIR, 4 Ogos - Lebih RM200,000 wang yang tersimpan di dalam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Bumiputera Commerce (CIMB) berdekatan pintu masuk Kilang Tanashin Sdn. Bhd. di kawasan Perindustrian Ayer Keroh, di sini, lesap dipercayai dilarikan penyamun.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Mohd Adnan Abdullah berkata, berikutan kehilangan wang itu, seorang lelaki Melayu berumur lingkungan 30 tahun telah membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh sejurus membuat pemeriksaan di mesin ATM itu kira-kira jam 10 pagi tadi.

"Lelaki yang merupakan pegawai pemeriksa ATM itu telah memasuki bangunan yang menempatkan mesin ATM terbabit untuk membuat pemeriksaan dan mendapati mesin tersebut telah dipecah.

"Suspek dipercayai masuk ke dalam bangunan melalui bumbung berikutan terdapat bumbung yang diumpel sebelum melarikan wang lebih RM200,000," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, hari ini.

Menurut Mohd Adnan, suspek juga dipercayai mengambil wang di mesin ATM itu mengunakan alat pemotong besi.

"Hasil siasatan awal terdapat beberapa kesan cap jari yang dikesan, bagaimanapun kes tersebut masih lagi dalam siasatan lanjut.











PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.