English
  Sukan
 
   
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 Hari Lagi

-----------------------
 
Bandar Melaka Pagi : Mendung - Petang : Hujan - Malam : Mendung
Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC
 

Berlangsung Dari 31 Disember - 3 Januari
Karnival Melaka Maju 2010 Penyemarak Langkah Baru

AYER KEROH, 7 Dis - Kerajaan negeri dengan kerjasama Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan Sesama Ventures Sdn Bhd akan menganjurkan Karnival Melaka Maju 2010 (KMM 2010) pada 31 Disember ini hingga 3 Januari 2010 di MITC.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd ALi Rustam berkata, penganjuran KMM 2010 bertujuan menyemarakkan semangat rakyat negeri ini khususnya generasi muda untuk memulakan langkah baru dalam gagasan Melaka Maju 2010.

"Inisiatif ini diambil berdasarkan kepesatan kemajuan rakyat negeri Melaka dalam menuju Melaka Maju 2010 dengan penuh tanggungjawab.

"Karnival ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat perlunya persekitaran sihat dan udara bersih bagi menjamin negeri Melaka terus maju selepas 2010,"katanya pada sidang media Karnival Melaka Maju 2010 di pejabatnya, Seri Negeri, di sini, petang tadi.

Turut hadir, Pengarah Urusan Sesama Ventures Sdn Bhd, Zamzamila Zambri dan Pengarah Bahagian Sahabat Belia, Jabatan Ketua Menteri (JKMM), Mohd Nizam Omar.

Manakala satu acara sokongan yang membawa mesej menjaga dan memeliharan alam sekitar iaiatu Larian "Let's Green Up" akan diadakan pada 2 Januari 2010 bermula di Dataran Ayer Keroh dan berakhir di Taman Botanikal, di sini.

Seramai 10,000 peserta dijangka mengambil bahagian dalam acara larian itu manakala seramai 50,000 pengunjung dijangka mengunjungi KMM 2010 yang berlangsung selama empat hari itu.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang karnival, antaranya pameran dan jualan, pertandingan sukan, konsert dan pertunjukan bunga api.

Turut diadakan, pameran landskap, kempen bumi hijau, jualan pelbagai pokok hiasan, dan pertandingan gubahan bunga dan masakan.

Sebanyak 100 buah gerai, di mana 80 pemamer tempatan dan 20 pemamer asing akan mengambil bahagian.

Bagi acara Larian Let's Green Up, sebanyak sembilan kategori akan dipertandingkan, antaranya kategori VVIP, OKU, Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Veteran, Kanak-Kanak, dan Badan Kebajikan.

Bagi kategori terbuka, bayaran sebanyak RM30 dikenakan, manakala bagi kanak-kanak, OKU dan VVIP adalah percuma.

Sehubungan itu, semua pihak termasuk jabatan kerajaan persekutuan dan negeri, agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat korporat, persatuan, pertubuhan dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam menjayakan program itu.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan program, boleh hubungi sekretariat penganjuran KMM 2010 di talian 03-4041 5226 atau 019-355 6226.







  PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.