English
  Sukan
 
   
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 

-----------------------
 
Bandar Melaka Pagi : Baik - Petang : Baik - Malam : Baik
Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC
 

Wanita Terbunuh Kereta Yang Dipandu Rempuh Treler Di Tepi Lebuh Raya

IPOH, 9 Feb - Seorang wanita terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Km 207.5 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kamunting, pagi tadi.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pukul 4.32 petang Selasa dikenali sebagai Tai Yuen Keow, 39, berasal dari Lawan Kuda, Gopeng.

Mangsa mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Katanya kejadian berlaku apabila mangsa yang memandu sendirian sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Butterworth, dikatakan gagal mengawal keretanya lalu terbabas dan merempuh belakang sebuah treler yang diletakan di tepi lorong kecemasan di lebuh raya berkenaan.

Jurucakap itu berkata anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit sebelum dihantar ke hospital.

Mangsa dikatakan hendak melawat suaminya yang bertugas di Butterworth.




















  PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.