English
  Sukan
 
   
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 Hari Lagi

-----------------------
 
Bandar Melaka Pagi : Baik - Petang : Hujan - Malam : Baik
Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC
 

Golongan Belia Perlu Tonjol Bakat - Mohd Nizam

BRISU, 2 Julai - Golongan Belia di negeri ini perlu mempamerkan bakat yang ada pada diri mereka supaya dapat ditonjolkan di pentas lebih tinggi lagi.

Pengarah Bahagian Sahabat Belia Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) Mohd Nizam Omar berkata, bakat yang ada tidak seharusnya disia-siakan dan perlu digilap agar dapat melahirkan belia yang serba boleh sama ada dalam bidang pentadbiran, pengurusan ataupun dalam bidang kebudayaan.

Bidang kebudayaan juga boleh dijadikan pekerjaan dan mampu memberikan pulangan lumayan, di samping dapat diperkembangkan kepada ahli-ahli belia yang lain.

"Kita di Bahagian Sahabat Belia JKMM juga telah melaksanakan pelbagai program termasuklah "Road Show Gitar Kapok", persembahan teater dan pertandingan karaoke belia yang telah berjaya mencungkil bakat-bakat baru yang seharusnya diberikan peluang untuk beraksi di pentas yang lebih tinggi lagi,"katanya.

Mohd Nizam berkata demikian ketika menyaksikan persembahan "Malam Gemerlapan Peserta Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional" anjuran Kelab Sukarelawan Sahabat Belia Negeri Melaka, di Sekolah Rendah Berisu, di sini semalam.

Menurutnya, dengan adanya pendedahan ini, golongan belia akan berani tampil ke hadapan bukan sahaja untuk mempersembahkan bakat mereka, tetapi dapat menyampaikan mesej kebaikan menyertai pertubuhan belia.

"Meskipun tiada sebarang latihan atau pendedahan profesional, peserta masih mampu memberikan persembahan yang menarik, dan saya yakin sekiranya program seumpama ini diteruskan, lebih ramai bakat-bakat baru di kalangan belia dapat dilahirkan,"katanya.









  PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.