English
  Sukan
 
   
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 

-----------------------
 
Bandar Melaka Pagi : Baik - Petang : Baik - Malam : Baik
Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC
 

Unit Media Baru Sumber Maklumat Sahih
Jadikan Melaka Hari Ini Rujukan - Mohd Ali

BUKIT KATIL, 9 Feb - Ahli-ahli UMNO perlu mendapatkan maklumat yang tepat dalam memberikan penjelasan kepada masyarakat terutamanya yang berkaitan isu -isu semasa.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, usaha yang dilaksanakan oleh Penyelaras Pemuda UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Baru yang menubuhkan Unit Media Baru (UMB) di DUN berkenaan amat dialu-alukan.

"UMB perlu mengemaskini maklumat serta menyiarkan berita-berita terkini yang boleh diperolehi melalui lama-laman blog seperti face book, twitter, youtube dan sebagainya dari seluruh negara," katanya.

"UMB ini merupakan saluran yang tepat dalam mendapatkan maklumat," katanya semasa berucap merasmikan UMB Penyelaras Pemuda UMNO DUN Bukit Baru yang berlangsung di Dewan JAPERUN DUN Bukit Baru, petang semalam.

Hadir sama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil, Abd. Karim Yaacob; Pengerusi UMB UMNO Bahagian Bukit Katil, Abd. Mutalib Kharis; Pengerusi Penyelaras Pemuda UMNO DUN, Azizi Abdullah, Ahli jawatankuasanya serta 40 orang ahli-ahli Pemuda dan Puteri UMNO DUN Bukit Baru yang menyertai UMB.

Mohd Ali yang juga Ketua Menteri merangkap Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil memberitahu, dengan wujudnya UMB ini, pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan termasuk melaksanakan mendaftarkan pengundi baru melaluinya.

"Ini juga melibatkan pengundi-pengundi bukan Melayu kerana mereka juga merupakan pengundi Barisan Nasional (BN) selain mengadakan aktiviti kemasyarakatan," jelasnya.

Menjawab soalan ahli UMB, Mohd Ali berkata, para ahli UMB DUN Bukit Baru boleh menjadikan akhbar rasmi kerajaan negeri, Melaka Hari Ini (MHI) sebagai rujukan selain menyalurkan maklumat berkaitan apa jua aduan yang diterima daripada penduduk di dalam DUN Bukit Baru.

Sementara itu Yaakub memberitahu, antara objektif penubuhan UMB ini adalah bagi memberikan pendedahan kepada rakan-rakan terutamanya golongan muda berkaitan facebook, twiter, utube dan sebagainya.

"Selain itu kita juga berperanan untuk menjadi jentera BN dalam menyampaikan maklumat kepada pengundi sehingga ke peringkat akar umbi selain menambah kenalan yang mana boleh dipengaruhi bagi memberikan sokongan kepada BN," tambahnya.











  PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.