English
Sukan    
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 Hari Lagi

-----------------------
 
 
Bandar Melaka Pagi : Baik - Petang : Hujan - Malam : Baik Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC

Sukmalindo
Malaysia Gondol Tiga Emas


AYER KEROH, 30 Ogos : Malaysia berjaya mengondol tiga pingat emas dalam Kejohanan Sukan Tahunan Antara Universiti Malaysia-Indonesia (Sukmalindo) yang berakhir di sini baru-baru ini.


Kemenangan tiga emas itu berjaya mengatasi pungutan dua pingat emas oleh kontinjen Indonesia.

Ketiga-tiga pingat emas Malaysia itu dimenangi menerusi acara badminton lelaki, hoki wanita dan

 

sepak takraw manakala emas Indonesia pula dimenangi menerusi acara badminton wanita dan bola tampar lelaki.

Kejohanan Sukmalindo yang pertama kami diadakan ini telah disertai lebih 164 atlet dan pegawai dari beberapa buah universiti Malaysia dan Indonesia.

Selain untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan, terutamanya untuk kejohanan Asean University Games akhir tahun ini, kejohanan tersebut juga bertujuan merapatkan hubungan antara kedua-dua negara, khususnya pelajar-pelajar mereka.
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjadi tuan rumah dalam menyaksikan atlet-atlet pelajar Universiti Malaysia dan Indonesia beraksi di Pusat Sukan UTeM bermula 25 hingga 27 Ogos lalu.

Sukan yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ini menawarkan enam pingat untuk dimenangi oleh pasukan yang bertanding.

Enam acara yang dipertandingkan adalah sepak takraw, bola tampar lelaki dan wanita, badminton lelaki dan wanita dan hoki wanita.

Kesemua pasukan yang mewakili negara untuk sukan ini terdiri pasukan universiti yang telah menjadi johan dalam sukan universiti tempatan.

Sukan ini merupakan salah satu usaha KPT untuk membangunkan dan memajukan bidang sukan di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa.







PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.