English
  Sukan
 
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 Hari Lagi

-----------------------
 
Bandar Melaka Pagi : Baik - Petang : Ribut Petir - Malam : Baik
Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC
 

Kejohanan Olahraga MSSM Merlimau
74 Pingat Berjaya Diraih

NYALAS : Hanya 74 pungutan pingat diperolehi oleh para atlet dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Melaka (MSSM) kawasan Merlimau.

Kejohanan kali-34 itu ditangguhkan semalam berikutan hujan lebat di trek dan balapan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nyalaas, di sini.

Pengurus Kejohanan, Sarip Jumaat berkata, pungutan pingat itu diperolehi dari atlet SMK

Dato’ Bendahara (5 Emas,2 Perak,2 Gangsa), SMK Jasin (3E, 5P, 4G), SMK.Simpang Bekoh (3E, 3P, 3G), SMK Nyalas (3E, 3P, 1G) dan SMK Selandar (2E, 2P, 7G).

Ini diikuti Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar 2Emas 2Perak 4Gangsa, SMK Bemban (1E, 5P, 1G), SMK Iskandar Shah (1E, 1P, 1G), SM Teknik Jasin (1E, 3G), SMK Tun Perak (2E, 1G) dan SM Agama Tahfiz Jaim (1G).

Pingat-pingat tersebut diperolehi bawah 15 dan bawah 18 lelaki/perempuan dalam acara trek dan balapan yang berlangsung selama tiga hari mulai pada 24 hingga 26 Febuari 2009.

“Kejohanan olahraga ini terpaksa ditangguhkan berikutan hujan lebat sebelah petang dan kejohanan ini disambung pada hari ini,” katanya semalam.

Sementara itu, atlet SMK Dato Bendahara, Jasin, Nur Hawa Zulkefli, berjaya memecahkan rekod acara lompat tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa
Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna, R. Perumal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, akan menyempurnakan perasmian penutup kejohanan hari ini.

Sebanyak 16 pingat berjaya diperolehi oleh para atlet dari 16 buah sekolah rendah kawasan Merlimau pada kejohanan olahraga itu.

Katanya, pada kejohanan itu, 13 buah sekolah menengah dan 43 sekolah rendah seluruh kawasan Jasin akan mengambil bahagian dalam acara trek dan balapan berpasukan serta individu bagi mewakili kawasan ke peringkat negeri tidak lama lagi.





  PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.