English
Sukan    
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 Hari Lagi

-----------------------
 
 
Bandar Melaka Pagi : Ribut Petir - Petang : Ribut Petir - Malam : Baik Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC

Futsal Bulan Kemerdekaan
ASA-GP Kids Academy A Juara


KLEBANG : Pasukan favourite, ASA-GP Kids Academy A, menjuarai Pertandingan Futsal Bulan Kemerdekaan Bawah 12 tahun yang diadakan di A-Sports Arena di sini, kelmarin.

Walaupun terpaksa bermain beberapa permainan secara liga dalam masa kurang tiga jam, namun setiap pemain berjaya mempamerkan mutu persembahan yang cukup membanggakan sehingga berjaya mengutip mata tertinggi di antara kesemua lima pasukan yang bertanding.

 

Pasukan-pasukan lain yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut adalah pasukan ASA-GP Kids Academy B dan C, Persatuan Penduduk Malim FC dan Tengkera Boys.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA), Mohd Saufi Jaafar, yang turut hadir menyaksikan pertandingan tersebut, telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pengurus ASA-GP Kids Academy, Melvin Tan berkata, pertandingan yang diadakan kelmarin adalah bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan negara, di mana pihak penganjur ingin turut sama menyemaikan semangat muhibah dan patriotisma di kalangan pemain-pemain.

Katanya, semangat juang yang ditunjukkan para pemain muda ini adalah amat membanggakan dan semangat sebeginilah yang akan dapat membantu mengangkat martabat bola sepak negara pada masa akan datang.

"Adalah diharapkan semangat yang mereka tunjukkan ini akan menjadi sebahagian dari diri mereka sekiranya mereka berpeluang beraksi dengan pasukan negeri atau negara suatu hari nanti.

"Dengan adanya semangat sebegini dalam jiwa para pemain, saya percaya ianya akan sedikit sebanyak membantu untuk meningkatkan lagi martabat dan mutu bola sepak Malaysia," katanya.

Walaupun banyak pihak yang beranggapan bahawa mutu bola sepak Malaysia sudah tidak dapat diselamatkan lagi, namun bagi Tan masa hadapan bola sepak negara masih wujud.

Katanya, apa yang perlu dilakukan semua pihak, terutamanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan persatuan-persatuan bola sepak negeri, adalah memberi penekanan yang lebih kepada peringkat akar umbi.

"Sebab itulah ASA-GP Kids Academy memberi penekanan kepada kanak-kanak kerana mereka inilah yang akan menggalas cabaran negara suatu hari nanti. Sekiranya pendedahan yang sewajarnya diberikan di peringkat ini, saya percaya masa hadapan bola sepak Malaysia adalah cerah," tambah beliau.







PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.