English
Sukan    
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 Hari Lagi

-----------------------
 
 
Bandar Melaka Pagi : Baik - Petang : Ribut Petir - Malam : Baik Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC

Fiesta Sukan Lasak Merdeka
Eco Challange UTeM Mencabar


BANDARAYA MELAKA, 2 Sept - Fiesta Sukan Lasak Merdeka Eco Challenge UTeM 2008 merupakan usaha pihak Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (UTeM) bagi menyemarakkan lagi hari Kemerdekaan negara ke -51, baru-baru ini.

Pengarah program, Mohammad Heeny Jani berkata, program anjuran Kelab Rekreasi dan Sukan Ekstrem UTeM itu disertai lebih 50 peserta secara keseluruhannya.

Menurutnya, Eco Challebge UTeM merupakan

 

kejohanan aktiviti lasak yang baru dipelopori dan diadakan di Melaka sejak tahun 2006.

"Ianya bermula dengan Fiesta Sukan Lasak 'Ironman. Justeru, pada tahun ini, kelab Rekreasi Sukan Extrim UTeM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni meneruskan kesinambungan program aktiviti lasak ini.

"Matlamat utama kejohanan ini adalah bagi memantapkan jati diri khususnya pada Hari Kemerdekaan negara Ke-51, di samping melahirkan golongan mahasiswa dan masyarakat yang bersemangat waja dan mengekalkan tahap kesihatan yang baik,"katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) ketika ditemui di Ayer Keroh, di sini, kelmarin.

Heeny berkata, mereka akan menyokong usaha murni kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang mempunyai jati diri, berterampilan dan bersahsiah tinggi.

Katanya, program itu akan menarik minat dan memberi peluang kepada mahasiswa dan belia menguji ketahanan fizikal dan mental, kemahiran, semangat jati diri, selain membina keyakinan mahasiswa dengan sifat berani menghadapi pelbagai rintangan.

"Mahasiswa dan mahasiswi juga akan lebih bersemangat kental dan tidak mudah menyerah dalam menempuhi cabaran hidup masa kini dan ianya akan menyatupadukan mahasiswa pelbagai kaum melalui Merdeka Eco Challebge UTeM 2008," katanya lagi.

Antara aktiviti adalah berlari di Kampus Industri Taman Botanikal Ayer Keroh sejauh lima kilometer, obstacle (Taman Botanikal Ayer Keroh, berlari di Taman Botanikal Ayer Keroh Tasik Ayer Keroh tiga kilometer, water tubing (Tasik Ayer Keroh)







PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.