Pengarah Kampus UiTM Melaka, Profesor Madya Dr Mizan Hitam dalam ucapannya berkata, sambutan berkenaan amat memberi kesan besar kepada pembentukan keluarga serta masyarakat cergas sihat dan cemerlang kerana ianya membabitkan aktiviti sihat.
Beliau memuji langkah PSKK yang mengadakan program julung kali diadakan itu yang antara lain bertujuan menyemarakkan semangat cintakan alam persekitaran kampus terutama alam semulajadi di tasik UiTM Melaka.
Menurutnya, langkah PSKK mengadakan Hari Keluarga di dalam kampus terutamanya di tasik berkenaan menjadi pendorong kepada aktiviti lain sebagai simbolik menceriakan lokasi menarik di UiTM Melaka.
Dalam program berkenaan, lebih 36 hadiah disediakan kepada ahli selain cenderahati kepada setiap ahli serta sukaneka membabitkan acara basikal perlahan, terompah gergasi, kaki gajah, tiup belon kanak-kanak bawah 6 tahun dan tujuh tahun serta berkayak.
Dr Mizan turut menyertai pertandingan kayak di tasik berkenaan selain penyertaan ahli yang turut mempunyai kemahiran dan kebolehan tersendiri.
Turut hadir pada majlis tersebut, Pengerusi PSKK Abu Zaireen Abu Hasan, Setiausaha Nazri Abu Bakar dan Pegawai Sukan Mohd Tarmizi Mahmud.
Dr Mizan turut menyampaikan hadiah kepada pasukan bolasepak veteran UiTM Melaka yang berjaya menduduki tangga ketiga kejohanan Ulang Tahun Ke-3 Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) baru-baru ini.