mendahului BBFC 1-0 pada babak pertama namun lawan berjaya menyamakan kedudukan pada minit akhir untuk mengheret perlawanan ke sepakan penalti.
Dua gol penalti dihasilkan Muhammad Nur Asyfar Nazri dan Mohamad Fuad namun sepakan ketiga pemain MSSM Melaka, Saiful Akmal Abu Hanifah, terlepas sasaran manakala lawan menjaringkan kesemua tiga sepakan penalti tersebut.
Penolong Pengurus pasukan SSC AAN FC, Arshad Asri berkata, kejohanan berkenaan dilihat satu pendedahan berguna kepada semua pasukan bersaing termasuk dari seluruh negera.
Turut menyertai kejohanan pasukan dari Melaka ASA GP yang juga memiliki pemain hebat dan matang menewaskan lawan mereka yang bersaiz lebih besar.
Baginya, kejohanan itu sebagai satu pertemuan sihat membabitkan pemain bawah 12 walaupun pasukannya gagal meneruskan kemaraan berikutan tewas tipis.
Juara kejohanan meraih wang tunai RM1,000 dilihat bukan ukuran sebenar untuk pemain, tetapi ianya lebih kepada kesungguhan pemain beraksi walaupun di padang hoki astrotuf yang baru pertama kali dicuba kebanyakan pemain.
Arshad berkata, sepanjang bulan Ramadan semua pemain akan berehat daripada aktiviti sukan dan akan menjalani latihan semula selepas sambutan Aidilfitri.
Kejohanan anjuran MBPJ itu turut membabitkan kategori terbuka, wanita dan bawah 17 tahun yang turut ditaja bersama Milo dan AMbank.