English
  Sukan
 
   
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 Hari Lagi

-----------------------
 
Bandar Melaka Pagi : Baik - Petang : Baik - Malam : Baik
Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC
 

Kejohanan Golf Amal VVIP 2009
ABD RAHIM MAIDON MUNCUL JUARA

BEMBAN : Abd. Rahim Maidon muncul juara pada kejohanan Golf Amal VVIP 2009 yang diadakan di Orna Golf & Country Resort di sini pagi semalam.

Selaku juara, Abd. Rahim membawa pulang wang tunai RM3,000, piala pusingan, piala kejohanan serta barangan elektrik.

Tempat kedua dimenangi oleh Muhaimin Sunawi yang membawa pulang RM2,000, piala kejohanan termasuk barangan elektrik manakala tempat ketiga telah dimenangi oleh Zakaria

Amin yang membawa pulang RM1,000, piala kejohanan serta barangan elektrik.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Presiden Persatuan Anak Melaka Malaysia (AMAL), Datuk Zamani Sulaiman.

Kejohanan yang dianjurkan oleh AMAL tersebut turut disertai Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob serta 50 para pemain dari dalam dan luar Melaka.

Antara lain kejohanan tersebut diadakan adalah bagi mengumpul dana untuk membantu para pelajar miskin yang cemerlang di dalam peperiksaan yang mereka duduki di negeri Melaka.

Selain itu, sumbangan yang diperolehi turut disalurkankan kepada beberapa pertubuhan seperti Persatuan Anak-Anak Yatim Melaka, Persatuan Ibu Tunggal, kariah-kariah masjid dan surau, Sekolah Agama Rakyat (SAR) selain Tabung Gaza bagi rakyat Palestin.

  PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.