English
Sukan    
 
 
-----------------------

Melaka Maju
2010

 Hari Lagi

-----------------------
 
 
Bandar Melaka Pagi : Mendung - Petang : Baik - Malam : Baik Suhu Min. : 24oC Suhu Max. : 32oC

Pesta Layang-Layang
Jadi Tarikan Pelancong


BANDA HILIR : Pesta Layang-Layang sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-51 yang diadakan di Dataran Pahlawan, di sini, baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Seet Har Cheow yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, pesta ini bukan hanya semata-mata untuk menyambut sesuatu perayaan, malah ianya menjadi daya tarikan pelancong ke negeri ini.



 

Katanya, permainan layang-layang bukan sahaja sebagai hobi, tetapi ianya membolehkan mereka yang berminat menunjukkan kehandalannya menguasai layang-layang semasa di udara.

Menurut Presiden Persatuan Rakan Layang-Layang Melaka yang menganjurkan pesta itu, Wong Soo Tang, pesta ini sudah beberapa kali diadakan, di mana permainan itu turut melibatkan peserta dari luar Melaka.

Wong berkata, pesta ini sudah sepatutnya dicatatkan di dalam diari pelancongan Melaka untuk disebarkan kepada para pelawat yang mengunjungi negeri bersejarah ini.

Pada pesta tahun ini, Seet dan Wong berjaya menaikkan Layang-Layang Gergasi Jalur Gemilang ke udara sebagai lambang kemegahan rakyat Melaka menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke-51 dengan penuh semangat patroitik.







PENAFIAN : Melaka Hari Ini (MHI) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau gambar-gambar di dalam laman ini.