membabitkan peruntukkan sebanyak RM450,000.
"Pembinaan gelanggang ini akan memberi ruang secukupnya kepada golongan remaja dalam aktiviti sukan," katanya semasa merasmikan Gelanggang Futsal di Japerun tersebut, di sini baru-baru ini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia berkata, dua dari gelanggang tersebut telahpun disiapkan dan terletak dalam kawasan bangunan Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Sungai Udang.
"Manakala sebuah lagi akan dibina di Bukit Terendak dalam masa terdekat ini," Hadir sama pada majlis tersebut, Pengerusi Penyelaras Wanita Dewan Undangan Negeri (DUN), Che Noor Muhammad; Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Sidang Malek Sulaiman; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Udang, Ismail Ahmad; Setiausaha Penyelaras DUN, Abdul Jameel Abdul Jabbar dan wakil JBS, Darlina.
Sempena majlis tersebut, pelbagai acara telah disediakan, antaranya poco-poco 1Malaysia, pertandingan futsal kategori biasa, kanak-kanak bawah 12 tahun dan Wanita serta Puteri UMNO.
Pada majlis yang sama, Yaakub turut menerima surat perjanjian penyerahan gelanggang futsal dari Darlina.
Sebanyak 21 pasukan dalam DUN Sungai Udang telah menyertai pertandingan tersebut.
|