yang menyertai team bolasepak Remaja Kelab Sukan Taman Seri Duyong (KESERI) dengan jaringan 2 – 1.
Katanya, kedua-kedua pasukan anak beranak itu telah di undi untuk menyertai kejohanan tersebut ternyata kedua-dua pasukan tersebut telah bersaing dengan hebat dan berjaya memaparkan beberapa aksi-aksi menarik serta mendebarkan.
"Keputusan tersebut sebagai membuktikan antara semangat kental dan juang yang tinggi seperti ditunjukkan oleh Remaja KESERI berjaya menjinakkan VTSD2 yang mempunyai pengalaman dalam sukan tersebut,"katanya kepada Sukan Melaka Hari Ini (MHI).
Sementara itu, Ismail berkata, teamnya sama sekali tidak akan menjual perlawanan walaupun perlawanan itu untuk menentang team anaknya sendiri namun siapa yang kuat dan pandai membaca perlawanan akhirnya akan beroleh kemenangan.
Husin pula berkata, beliau banyak mempelajari ilmu bolasepak termasuk dari bapanya dan kejohanan tersebut merupakan perlawanannya yang sulung dan dia sama sekali tidak menyangka terpaksa pula bertemu dengan pasukan bapanya sendiri.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO cawangan Sungai Duyong, Sharif Nekmat berkata pemain bolasepak remaja telah memberikan amaran awal untuk muncul juara bolasepak SM bagi DUN itu.